Tulisan kali ini berkisar tentang produk keluaran syarikat HPA. Syarikat HPA telah berjaya menghasilkan beratus-ratus produk sendiri melalui kajian yang berterusan. Boleh dikatakan hampir kebanyakan produk harian telah dihasilkan. ini termasuklah produk makanan, produk minuman,makanan kesihatan, sejuk beku dan lain-lain.
Kenapa kita masih ragu dengan keluaran syarikat HPA ? Sedangkan iniliah syarikat yang memperjuangkan produk orang islam. Mungkin kita dah terbiasa menggunakan produk halal keluaran syarikat bukan islam. Jadi, kita tidak merasai betapa pentingnya orang islam mempunyai produk sendiri.
Jadi, saya sangat mengharapkan semua orang islam di malaysia menyokong produk HPA ini. Sekurang-kurangnya setiap rumah ada satu produk HPA. Mungkin ada yang berkata produk HPA ni kenapa mahal ? Apalah sangat setakat bezanya seringgit dua. Tujuan kita nak membantu semasa islam. Jika orang islam sendiri tak mahu menyokong produk keluaran orang islam, masakan orang bukan islam nak bantu kita.
Friday, April 9, 2010
Thursday, April 8, 2010
Pencarian saya terhenti disini

Setelah beberapa lama saya mencari peluang menjana pendapatan sampingan, akhirnya saya bertemu jua MLM yang berasaskan syariah. Jika sebelum ini saya dah join beberapa MLM, namun pencapaian saya tidak kemana. Saya begitu mengharapkan agar Allah menetapkan hati saya untuk terus berjuang menegakkan HPA selamanya.

Dan pada 2 April 2010 saya dengan rasminya telah menyerahkan borang pendaftaran sebagai pengedar HPA di cawangan Kota Kinabalu Sabah. Perkara yang akan saya lakukan selepas ini adalah untuk menjadi pengguna HPA yang setia disamping berusaha menjana pendapatan daripada MLM HPA ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)