Friday, April 9, 2010

Jom Sokong Produk Muslim

Tulisan kali ini berkisar tentang produk keluaran syarikat HPA. Syarikat HPA telah berjaya menghasilkan beratus-ratus produk sendiri melalui kajian yang berterusan. Boleh dikatakan hampir kebanyakan produk harian telah dihasilkan. ini termasuklah produk makanan, produk minuman,makanan kesihatan, sejuk beku dan lain-lain.

Kenapa kita masih ragu dengan keluaran syarikat HPA ? Sedangkan iniliah syarikat yang memperjuangkan produk orang islam. Mungkin kita dah terbiasa menggunakan produk halal keluaran syarikat bukan islam. Jadi, kita tidak merasai betapa pentingnya orang islam mempunyai produk sendiri.

Jadi, saya sangat mengharapkan semua orang islam di malaysia menyokong produk HPA ini. Sekurang-kurangnya setiap rumah ada satu produk HPA. Mungkin ada yang berkata produk HPA ni kenapa mahal ? Apalah sangat setakat bezanya seringgit dua. Tujuan kita nak membantu semasa islam. Jika orang islam sendiri tak mahu menyokong produk keluaran orang islam, masakan orang bukan islam nak bantu kita.

No comments:

Post a Comment